misunderstood

Often in life we set out to do things with good intentions, but more often than not, we are misunderstood..

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Malaysia
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing photos in a set called Terengganu. Make your own badge here.

Sunday, July 16, 2006

Dua pakar MDeC lawat Amerika - Berita Harian 12 Julai 06

Dua pakar daripada Multimedia Development Corporation (MDeC), agensi sehenti yang ditubuhkan kerajaan Malaysia untuk menerajui pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC), kini melawat Amerika Syarikat (AS) bagi berunding dengan syarikat negara itu bagaimana Malaysia boleh menjadi tapak penyumberan luar.

Sungguhpun kekurangan jika dibandingkan dengan India, satu kuasa teknologi maklumat (IT) diikuti China, yang kedua-duanya menawarkan kos lebih rendah dan asas modal sumber manusia berkelayakan yang besar, Malaysia mempunyai kelebihan daripada pesaingnya itu kerana persekitaran pro perniagaan yang cergas.Ketua Pembangunan Perniagaan MDeC, Matthew L Barsing dan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Zulfiqar Zalnuddin sedang melawat lima negeri utama — New York, Michigan, Florida, Texas dan California.Zulfiqar berkata, MDEC telah menganjurkan enam lawatan oleh beberapa pasukan setakat ini, tahun ini.“Ini bukanlah lawatan pertama oleh sebuah pasukan MDEC ke AS yang memberikan kira-kira 70 peratus daripada perniagaan penyumberan luar dan perkhidmatan dikongsi dunia, diikuti oleh Eropah 20 peratus dan rantau Asia-Pasifik menyumbang bakinya 10 peratus,” katanya di New York, baru-baru ini.Menurut satu laporan kaji selidik, perniagaan penyumberan luar dijangka mencecah kira-kira AS$5 trilion menjelang 2008.“Kita mensasarkan kira-kira tiga peratus daripada perniagaan dari AS, yang, menurut perkiraan kita, harus menjana kira-kira 150,000 pekerjaan di Malaysia,” Zulfiqar berkata.Menjelang akhir tahun semasa, kira-kira 36,000 pekerjaan akan diwujudkan, katanya.

Catch the English Version from Bernama @ http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news_business.php?id=207108

2 Comments:

Blogger mafeitz said...

kewl giller ! quoted as such... caya lah bro.. *smile*

10:42 AM  
Blogger syachou said...

thanks mate, although ada sikit misquote...hehe

8:24 AM  

Post a Comment

<< Home